Mar 16, 2006

^_^ tunggu along..

Cerita tentang dunia pelajar. Busan ke?? Hem..cerita tentang diri. Busan jugak? Cerita tentang kampus. Tak nak?? Oklah, cerita tentang mak, tentang keluarga ALONG :)

...ia personal tapi berkait juga kalian. Kuteka...

Panggilan dari seorang Ibu. Mak di rumah bersendiri. Ayah kerja malam dan adik di rumah nenek.

"Mak sorang je ni"
" Yeke?"
"Bila balik?"
"Tak pasti lagilah mak. Mungkin Jumaat ni."
"Baliklah..tengokkan adik. Dia takde kawan tu"

Adik?? Adik bongsu aku. Hah, siapa ada adik? Angkat tangan. InsyaAllah, kawan yang aku kenal semua ada adik kan? Soalan seterusnya, berapa ramai yang amik kisah dengan adik memasing? At least bertanya khabar tentang pelajaran mereka.

Ah, aku sendiri kurang beri perhatian tentang itu. Kita dan dunia sendiri..

Yang lebih membantai fikiran ialah "aku lebih banyak bantu adik orang lain dari adik sendiri"

Aku dan adik mungkin entiti yang tak sama. Begitu juga kalian. Kita semua tak sama. Itulah uniknya setiap insan yang Allah cipta.

Zaman berubah. Zaman aku dulu...mungkin boleh hadapi banyak perkara sendiri, walau tak dibantu mak ayah. Kini, segala berubah. Dan aku hampir terlupa yang adik perlukan alongnya bersama.

Aduhai..bersalah rasanya sebab hampir abaikan tanggungjawan terhadap adik-adik. Mereka cuma ada 2: angah dan adik.

Maafkan ALONG..

InsyaAllah, kita akan makan bersama weekend ni :) Adik, tunggu along pulang. Malam-malam kita boleh dengar syarah Uztaz Akil sebelum tido, nyanyi lagu Radja kuat-kuat, baling-baling si Bobo (anak patung beruang kami) tido lasak-lasak..haha. Pastu, along siapkan sarapan untuk kita semua, buat kerja yang along tinggalkan.

Tunggu Along pulang :)

-Kita jarang buat segala yang melintas di butir bicara. Itu satu tamparan hebat buat manusia yang bijak bercakap...tanpa ada langkah hinggap-

No comments: